Friday, April 24, 2009

RPH "Solat Ketika Sakit"

Tingkatan Tiga
Masa:80 minit
Tajuk: Solat ketika sakit dan cara-caranya

Fokus
1. Pemahaman (Dapat menyatakan maksud dan kaifiat mengerjakannya)
2. Amalan (Dapat melaksanakan kaifiat solat ketika sakit)
3. Penghayatan (Sentiasa menunaikan solat walaupun dalam keadaan sakit)
4. Pembudayaan (Istiqamah dalam mengerjakan solat)

Prinsip islam hadhari
1. Keimanan dan ketaqwaan kepada allah
2. Penguasaan ilmu pengetahuan
3. Kehidupan berkualiti

Modul
1. Konstruktif
2. Pembelajaran koperatif

kaedah
1. Sumbang saran
2. Perbincangan
3. Tunjuk cara

Teknik
1. Simulasi / Demonstrasi
2. Penggunaan video / montaj
3. Soal jawab

Pengetahuan sedia ada
1. Murid dapat mematuhi arahan guru
2. Murid dapat menguasai jawi
3. Murid sentiasa menunaikan solat fardhu
4. Murid sentiasa berdoa selepas solat
5. Murid pernah melihat orang solat secara duduk

Sumber pengajaran dan pembelajaran
1. Video solat ketika sakit.
2. Gambar orang sakit.
3. Montaj solat ketika sakit
4. Kad imbasan, kertas mahjung, papan putih.
5. Slaid powerpoint

Persediaan guru
1. Mengenal pasti kelompok murid berdasarkan aras.
2. Memastikan peralatan dan kelas dalam keadaan baik.
3. Menyediakan lcd dan komputer riba
4. Persediaan lembaran kerja

Hasil pengajaran dan pembelajaran
Aras 1
1. Menerangkan maksud solat ketika sakit
2. Menyatakan maksud hadis yang menjadi dalil diharuskan solat mengikut keupayaan ketika sakit
3. Menerangkan cara melakukan solat ketika sakit mengikut keupayaan

Aras 2
1. Menjelaskan hikmah diharuskan solat mengikut keupayaan ketika sakit

Aras 3
1. Menerangkan sebab-sebab diwajibkan solat walaupun ketika sakit
2. Membezakan rukhsah solat ketika sakit dengan rukhsah solat ketika musafir


Objektif
1. Maksud solat ketika sakit
2. Dalil solat ketika sakit
3. Kaifiat solat ketika sakit
4. Hkmah diharuskan solat mengikut keupayaan ketika sakit
5. Sebab diwajibkan solat walaupun ketika sakit
6. Perbezaan rukhsah solat ketika sakit dengan ketika musafir

Penyerapan Pjk @ sains sukan
• Menjaga kesihatan diri

Bahasa melayu
• Istilah solat orang sakit
Gabung jalinan Hadis
• Dalil solat ketika sakit

Akidah
• Tidak meringankan perintah allah

Adab dan akhlak islamiah
• Membantu orang sakit

Kemahiran berfikir
Membanding dan membeza antara rukhsah solat ketika sakit dengan ketika musafir.

No comments:

Post a Comment

Halwa Telinga